Tuesday, August 9, 2011

Hai!

Salam dan berjumpa kembali!

Rasanya dah lama tak update blog nie...maklumlah banyak kekangan (kerja/peribadi).  Alhamdullilah aku dan suami telah selamat menjalani ibadah Umrah pada 20 Julai hingga 1 Ogos yang lalu...Pengalaman yang tak dapat dikutip di mana2.   Bila berada di sana, terasa kerdilnya kita sebagai manusia dan hanya DIA lah yang mengetahui segala2nya...

Seronok, teruja dan sedih selama berada di Madinah dan Mekah...seronok dan teruja kerana telah diberi oleh NYA peluang untuk menjejakkan kaki ke sana dan sedih bila tiba hari untuk pulang ke Malaysia...

Semoga amalan kami berdua diterima sepanjang berada di sana....Amin!!

Kini Ramadhan menjelma lagi...sana sini jualan telah bermula...dari sekecil2 barang hingga sebesar2 barang ada dijual....selagi ada RM ditangan, selagi itulah umat yang bergelar MANUSIA akan berbelanja...cuma harapan kita semua ialah amalan kepada NYA lebih banyak daripada amalan berbelanja...he3..

Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa di Bulan Yang Mulia ini.....

Monday, July 18, 2011

Happy Birthday Papa Johan!!!


Semalam, Mama Hasnah buat request untuk bagi "Surprise" tuk Hubby Johan...Alhamdullilah, aku berjaya menyiapkan seperti yang diminta...buat Johan...Selamat Hari Lahir, semoga sentiasa diberkati...

Buat Mama Hasnah, disebabkan sedang berpantang..so tengok jelah ya...he3....harap berpuas hati dengan hasil kerja kali ini....

Monday, June 27, 2011

Kelas Cup Cake.....




Semalam, aku menghadiri Kelas Cup Cake di Bangi.....Seronok dan teruja dengan kelas yang diajar oleh Mamabisya...hehehe....

Setelah seharian mempelajari pelbagai skill..alhamdullilah akhirnya terhasillah cup cake yang comey2 nie...

Bila tengok Qalif menikmati cup cake yang dibuat nie hilang semua penat...kepada anak2 kesayanganku...terima kasih coz menjadi pengkritik Umi yang setia....

To Mamabisya...terima kasih atas tunjuk ajar yang diberi...kalau ada rezeki kita jumpa lagi ya...!

Friday, June 17, 2011

Selamat Hari Jadi ke 14 NINA!!!


Salam,

Tempahan kali nie agak "special" kerana ditempah oleh seseorang yang rapat dengan aku dan family....Terima kasih Kak Yati kerana beri kepercayaan untuk buat coklat Hari Jadi Nina yang ke 14! Selamat Hari Lahir dan semoga sentiasa sihat dan menjadi anak yang solehah buat Ibu dan Ayah...

Harap berpuas hati dan selamat menikmati coklat ya!!!!

Cik Da

Tuesday, May 24, 2011

Hadiah buat Noor Hanisah.....


Hari yang dinanti bakal menjelma...buat my Sis Anis...congratulations dan minta maaf coz tak dapat attend wedding di Kedah nanti...Walau macamanapun, Kak Sheda buatkan coklat hantaran ini sebagai tanda kasih we all sekeluarga pada Anis...semoga sentiasa ceria dan sweet di hari yang bersejarah tue nanti yer....

Monday, May 23, 2011

Outing dengan anak2ku...





Minggu lepas bawak Sarah, Nana n Qalif gi makan2 lepas habis piano class...Qalif sangat happy maklumlah jarang Umi ngan Walid bawak dia keluar jalan2...apa2 melihat mereka gembira kita pun gembira sama....Luv ya all sayang....

Coklat birthday Ibu N Dilla


Happy birthday my beloved Sis Shelly n my sweet niece Adilla...harap berpuas hati dengan coklat nie yer....

Makan-makan di Al Rawsa...




 Pada 15hb aritue...sesi makan2 sekali lagi telah diadakan...kali nie...Al Rawsa menjadi tempat menjamu selera...kakakku Shelly menjadi tuan rumah kali nie...mekasih ya...makanan yummy...

Monday, May 9, 2011

Coklat hantaran

Atas permintaan, akhirnya tercipta juga coklat untuk hantaran nie...temanya 'Black n White'...rasa2 kalau ada yang nak order bolehlah gitau ya...hihihi..

Pertunangan....










Pada 7 Mei 2011, adik iparku Ahmad Safuan telah mengikat tali pertunangan dengan Zuliana.  Sebagai menantu sulung, aku telah diamanahkan untuk membuat hantaran..alhamdullilah segalanya berjalan lancar...to my bro in law...congratulations....

Tuesday, May 3, 2011

Outing with sis










Alhamdullilah, akhirnya setelah beberapa kali ditunda dapat jugak berkumpul with my beloved sis at Fullhouse, Jalan Yap Kwan Seng...seronok dapat makan yang sangat yummy dan gossip2 hihihi....to Cik B thanks coz blanja walaupun dah lambat...lepas ni giliran Puan Shelly kita pulak kay...di Al Rawsa...

Friday, April 22, 2011

Hari Lahir Ke 7 Nur Adriana Iman


Semalam Nana genap 7 tahun...Selamat Ulangtahun sayang..bawak gi makan kat Secret Recipe dan beli hadiah...happy manja Umi nie...Luv u alwiz sayang......

Oreo Chocholate


Alhamdullilah,

Order Adinda Ayu sebanyak 50 biji untuk dihantar ke asrama adik (harijadi) berjaya disiapkan seperti yang dijanjikan..!!! Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.....

Monday, April 18, 2011

Tempahan Almond Praline untuk Kak Yati

Alhamdullilah, akhirnya "Almond Praline" Kak Yati berjaya disiapkan....kepada kekanda Yati...thanks for your support n kalau nak order lagi gitau ya...!!!

Monday, April 11, 2011

Hobi terbaru...membuat coklat








Pada 23 Mac yang lalu aku telah mengikuti kursus membuat coklat di Bangi...Pada mulanya...ia nampak senang tapi setelah membuatnya...aku dapati ia memerlukan teknik yang khusus untuk menjadikan coklat itu cantik dan menarik untuk dimakan...

Alhamdullilah...berkat kesabaran...akhirnya dapat juga menghasilkan coklat pelbagai bentuk dan "sedap" dilihat dan dimakan hihihi....

Terima kasih to my lovely sis Cik B for your support in making my dream come true...Kalau nak order lagi gitau ya....

Friday, March 4, 2011

Momen indah bersama permata hatiku.....

Kadang2 aku seperti tidak percaya kerana telah mempunyai 3 orang permata hati di dalam hidupku ini...keletah dan ragam mereka sentiasa mewarnai hidup ini....




Buat Nur Sarah Iman, Nur Adriana Iman dan Muhammad Qalif Uzair....Umi sentiasa menyayangi kalian semua dan semoga hari2 yang akan kita lalui bersama akan lebih ceria dan indah.....

Thursday, March 3, 2011

Kenangan bersama kakak2 ku....

Rasanya dah lama tak outing macam nie...yela semenjak sakit n masing2 sibuk ngan komitmen yang tak berpenghujung...akhirnya dapat jugak keluar bertiga seperti dahulu...apalagi adik yang paling kecik nie la yang kena "pau"!! Alasan diberi sebab Harijadi bulan Januari ari tue....





Takpa.....bulan nie giliran Cik B la pulak ya....yang pasti mesti tempat best2 cam ari tue aaaa.....